Jika diukur dari segi kesedaran, maka sebenarnya pengundi hanya ada 3 jenis sahaja. Sama ada mereka manusia, hantu atau pun zombie:

  • Pengundi bertaraf manusia – mereka adalah pengundi yang menggunakan intelek dan kebijaksanaan anugerah Ilahi semasa proses memangkah kertas undi. Peratusan pengundi ini agak sedikit. Syabas kepada pengundi jenis ini.
  • Pengundi Hantu – mereka adalah pengundi yang benar-benar sudah berada di alam Barzakh, tetapi nama mereka masih kekal di dalam daftar pengundi. Kewujudan mereka adalah satu enigma yang menggugat ketelusan dan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Contoh yang menimbulkan tanda-tanya.
  • Pengundi Zombie – mereka biasanya adalah pengundi yang terjatuh dalam perangkap psikologi yang dinamakan Kesan Bandwagon (Bandwagon Effect). Mereka juga biasanya tidak menerima maklumat yang cukup tentang kelebihan dan kekurangan setiap parti/wakil yang bertanding, yang mana ia biasanya terjadi disebabkan sifat media yang berat sebelah. Pengundi Zombie biasanya membentuk kumpulan majoriti pengundi di mana-mana sahaja berlangsungnya pilihan raya.