Tuan Guru Nik Abdul Aziz…

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid. Tiada pagar, tiada pengawal, tiada orang gaji pun. Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa. Dia seorang yang warak dan zuhud. Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan.

Sejak dulu, tidak pernah ambil elaun rumah dan elaun keraian. Elaun buka puasa tidak pernah ambil, elaun hari raya pun todak pernah ambil. Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah. Itulah Menteri Besar Kelantan. Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya. Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah. Subhanallah… Masih ada lagi insan hebat sebegini…