Isu Pemakaian Tudung (Menutup Aurat) Baru baru ini isu pemakaian tudung menjadi agak hangat apabila perkara itu dibangkitkan oleh seorang ahli parlimen yang beragama islam tentang kes anaknya dikatakan menjadi mangsa diskriminasi kerana tidak memakai tudung di sekolah. Kes lain seorang pelajar sekolah dipotong tudungnya kerana bentuknya tidak mengikut gars panduan pemakaian tudung di sekolah dan Polis mewajibkan anggota wanitanya memakai tudung ketika upacara rasmi.

Kenapa isu ini boleh menjadi begitu besar? Kalau yang membangkitkannya adalah orang bukan islam, aku masih boleh faham. Tapi masalahnya ia dibangkitkan oleh orang islam sendiri. Bukankan semua orang islam itu tahu menutup aurat itu hukumnya wajib. Dah memang termaktud dalam al Quran dengan jelas. Perkara ini lebih kurang makanan halal dan haram, dah tahu makan Babi tu haram. So takkan kalau anak kita makan babi kita nak mempertahankan yang babi tu boleh dimakan.

Tahniah pada pihak sekolah yang mewajibkan pemakaian tudung di sekolah bagi pelajar beragama islam. Sekurang kurangnya masih ada pihak yang mengambil berat hal hal sebegini, nak harapkan pemimpin yang beragama islam di parlimen… yang menentang adalah. Apa salahnya sekolah buat peraturan begitu. Dah lah sebagai mak bapak tak nak ajar anak ikut syarak, bila pihak sekolah nak didik, kita naik angin pulak.

Kepada pemimpin semua, jangan kerana nak jaga periuk nasi hukum hukum wajib ini dipandang remeh. Tak ada sesiapa yang kita boleh salahkan apabila negara tercinta ini ditimpa pelbagai bencana, tak kira bencana alam atau bencana ekonomi atau apa apa saja, kerana kesalahan itu harus diletakkan dikepala anda sendiri yang memandang remeh kekuasaan Allah.