KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) – Mengejutkan, apabila Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Annuar Musa ‘diboo’ orang ramai ketika mahu berkempen di Pasar Besar Siti Khatijah kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Ketika itu pemimpin terbabit baru turun dari keretanya jenis pancuan empat roda untuk menemui orang ramai di kawasan pasar.

“Ketika beliau melangkah keluar dari kereta orang ramai yang berada di kawasan pasar menyorakkan dengan nada yang kuat.”

“Saya mendengar semua oang yang berada di kawasan itu menyorakkan beramai-ramai sehingga beliau menaiki semua kereta bersama beberapa pembantu,” kata Abang Lah, seorang peniaga di pasar berkenaan.

Menurutnya Annuar hanya berada di kawasan itu sekejap sahaja sambil berlalu menaiki kereta dengan tersenyum sipu seperti malu.

Seorang lagi peniaga berkata, orang ramai yang berada di kawasan pasar seperti tidak menerima kedatangannya untuk berkempen di kawasan tersebut.

Katanya biar pun malu dengan kejadian yang berlaku secara spotan itu namun Annuar sempat melemparkan senyum kepada orang ramai dengan wajah merah padam.

“Ini suatu kejadian yang tidak diduga, sedangkan sebelum ini sudah ramai calon lain yang datang berkempen tidak disorak orang ramai,” ujarnya

Petikan dari Harakah