Islam itu dagang dan akan kembali dagang. Islam itu datangnya
membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga
akan membawa perbezaan. Islam itu lain daripada yang lalin. Ketika
awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari carahidup
orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman juga ia terpinggir. Cara
hidup Islam yang sebenar jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di
zaman jahiliah moden ini.

Al-Quran itu dinamakan Al furqan atau “yang membezakan”. Siapa yang
mengamalkan Al Quran, cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang
tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan Al Quran,
maka Islamnya tidak syumul.

Sendi-sendi kehidupan umat Islam kini sudah terlalu banyak yang
rosak. Sudah tidak kelihatan lagi cirri-ciri dana amalan Islam di
dalam kehidupan umat Islam. Banyak daripada amalan umat Islam telah
dilupa dan ditinggalkan. Ia telah digantikan dengan amalan-amalan
yang ditiru dan diciplak dari amalan para penjajah, orang-orang
Barat, Yahudi dan Nasrani.

Di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat, kalau diibaratkan ilmu
Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam juga ada sepuluh. Sebab itu
Islam ketika itu syumul dan terlaksana di semua bidang kehidupan.
Pada zaman Tabiut Tabi’in, ilmu Islam tetap ada sepuluh tetapi
amalannya sudah kurang menjadi sembilan. Ketika itu Islam masih lagi
kelihatan syumul. Pada zaman 300 tahun hingga membawa kepada 700
tahun umur Islam, iaitu di kala mana empayar Islam masih wujud,
amalan Islam terus berkurangan walaupun ilmunya tetap sepuluh.

Pada era selepas 700 tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana
empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-
kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkan
dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang
ini, tidak salah kalau kita angarkan bahawa nisbah amalan Islam
hanya tinggal satu walhal ilmunya tetap sepuluh, sama seperti zaman
Rasulullah SAW dahulu. Islu Islam tidak rosak. Ilimu Islam tidak
berkurangan. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, menjadi
susut dan yang rosak adalah amalannya yang sudah banyak ditinggalkan
dan dilupakan umat Islam. Maka terbuktilah kebenaran firman Allah
yang bermaksud:

” Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Kristian itu
kepada engkau (Ya Muhammad) selagi kamu tidak mengikuti cara hidup
mereka.”

Amalan yang tinggal di waktu ini hanyalah apa yang termaktub di
dalam rukun Islam. Itu pun kerana ianya dijadikan rukun. Kalau
tidak, mungkin amalan-amalan tersebut dilupakan juga. Amalan-amalan
yang menjadi rukun ini kalau tidak diyakini dan diamalkan, maka akan
terjejas keimanan. Justeru itu, masih ada umat Islam yang bersolat,
walaupun ramai sudah tidak bersolat atau tidak tahu bagaimana hendak
bersolat. Masih ada orang Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan.
Masih ada umat Islam yang membayar zakat dan masih ada yang
menunaikan haji. Amalan-amalan yang lain yang tidak merupakan rukun,
hamper kesemuanya sudah lenyap ditelan zaman.

Itu sebab Islam di zaman ini tidak syumul lagi. Itu sebab orang
Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam. itu sebab umat
Islam sudah hilang identity mereka. Kecantikan dan keindahan Islam
sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang
dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam
berpecah belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi.
Masyarakat umat Islam kucar-kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Itu
sebab juga umat Islam tidak dihormati dan digeruni malahan dikeji
dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya
Islam pada keyainan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang
diyakini, lain pula yang diamalkan. Mereka mengaku Islam, tetapi
cara hidup, cara fakir dan cara menilai sangat kebaratan.

Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah
ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru-hara. Banyak
mata yang terbeliak. Ramai yang terkejut. Ramai yang terpekik
terlolong menuduh songsang dan sesat. Sedih. Umat Islam sendiri
sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada
mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji.

Umat Islam sudah lupa berpkaian secara Islam. mereka sudah lupa
makan minum dan bergaul secara Islam. mereka lupa berekonomi,
menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat
dan berpolitik secara Islam mereka sudah lupa bersahabat dan
berjiran secara Islam. mereka sudah lupa berhibur secara Islam.
mereka sudah lupa tentang had-had dan batas-batas yang ditetapkan
oleh Islam.

Apabila ditonjolkan pakaian secara Islam yang menutup aurat, mereka
terkejut. Pakaian yang mengikut sunnah , mereka tidak tahu. Pada
masa yang sama, mereka memandang amalan poligami itu hina walhal
ianya satu amalan yang mulia dan merupakan salah satu syariat Islam
dan menjadi amalan Rasulullah. Malahan poligami ialah tradisi bagi
orang-orang soleh. Sebaliknya tidak pula dipandang salah atau hina
apabila muda mudi bergaul bebas atau berjalan berdua-duaan ke sana
ke mari. Dadah, arak zina dan judi yang berlaku di tengah-tengah
masyarakat dipandang ringan dan dianggap sebagai perkara biasa atau
sebagai masalah individu dan orang lain tidak perlu masuk campur
atau ambil pusing.

Itu belum lagi diperkatakan tentang berekonomi secara Islam yang
menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat
berbeza dengan sisitem kapitalis yang diamalkan hanya mementingkan
untung berlipat ganda. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam
yang membawa kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan. Atau soal
kebudayaan Islam yang membawa kesedaran dan membina kehalusan akhlak
manusia dan bukan melalaikan, merosakkan akidah, akhlak, moral dan
yang memudahkan pergaulan bebas muda-mudi dan penggunaan dadah.
Sistem social Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat
menguatkan, bersatu padu, penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan
keselamatan serta bukan system social yang menindas dan menekan,
hidup nafsi-nafsi, yang kuat timbul, yang lemah tenggelam seperti
kehidupan haiwan di belantara atau seperti pokok di hutan yang
berebut-rebut meninggalkan pucuk masing-masing untuk mendapatkan
cahaya matahari. Dan juga system pentadbiran Islam yang
menyatupadukan umat, yang adil , yang bebas dari krisis, pilih kasih
dan perebutan kuasa, yang melagangkan ketuhanan dan bukan ideology
ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insane dan
kerohanian lebih daripada pembangunan material. Sudah begitu jauh
cara Islam umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara
hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dipandang serong,
dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman.

Untukmenebus kembali maruah umat Islam yang sudah punah ranah ini,
untuk membawa` umat Islam kembali ke mercu kegemilangannya dan untuk
menjadikan umat Islam itu pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita
perlu tingkatkan amalan Islam kita ini. Kita perlu hidupkan semula
segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita
lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan-amalan Islam yang
sebenar.

Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu
dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amaln kita
itu kepada 2, 3, 4, 5 dan seterusnya setakat mana yang kita mampu.
Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga-tiga
perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam hanya akan menjadi
seperti benih yang belum ditanam. Pokoknya tidak ada. Kalau pokok
Islam tidak ada, masakan kita dapat nikmati buahnya yang enak, lazat
dan manis. Dengan ketiga-tiga perkara ini juga, Islam kita akan
bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah
letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.

About these ads