KATA -KATA HIKMAH KHULAFA’ AR-RASYIDIN
SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
- Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
- hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
- hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
- adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
- Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
- Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
- Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
- Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
- Hatinya selalu berniat suci
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
- Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
- Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’
- Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
- Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
- Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’
- Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
- Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
- Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
- Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati
July 12, 2008 at 3:56 am
Tausiyah yang bagus….
Kalo boleh, tausiyah ini bisa di forward di email saya
July 30, 2008 at 6:30 pm
Skrg stp kali perhimpunan mingguan GB mgalakkan guru2 yg bertugas mingguan berucap ttg keindahan Islam, teladan,nasihat….sy rase maklumat yg sy dpt dr blog awak ni sgt menarik!
jadi dgn izin juga ye…..sy amik!
su…
August 3, 2008 at 2:29 pm
setiap kata-kata di atas menginsafkan hati saya.betapa sayunya hati ini bila membacanya.saya minta maaf kerana tanpa izin anda saya telah mencopykan kata2 tsbt.maaf ek
August 12, 2008 at 2:15 am
copy dan sebarkan kepada yang tidak tahu, semoga Allah memberkati tujuan suci kita…
October 19, 2008 at 3:57 pm
harap muhd afiq dapat nyatakan dari mana sumber2 maklumat tersebut di petik supaya dapat dirujuk
October 29, 2008 at 3:15 pm
salam,
saya mengambil kata-kata hikmah ini untuk dimuatkan dalam blog saya ya….
tq
January 6, 2009 at 6:17 am
terdapat puluhan laman yang saya kumpulkan yang terbaik dan saya remake semula. Insya Allah ada masa nt sy senaraikan blog tersebut.
January 30, 2009 at 8:05 pm
salam,
saya tertarik dengan kata-kata hikmah yang saudara paparkan. saya minta maaf kerana mengambilnya tanpa izin.
tq……..