Istigfar
Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar(kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar(kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka. Riwayat Ahmad
Dalam hadis-hadis yang lain:-
- Siapa yang gembira dihari kiamat, banyakkan istigfar
- Siapa yang rezekinya lambat, banyakkan istigfar. Dosa menyekat rezekinya dari sampai.
Bagi setiap istigfar, dosa kejahatan dihapus dan diganti dengan pahala kebaikan. Begitu juga taubat:-
“yubad-dilul-laahu say-yiaatihim Hasanaat* wa kaanal-laahu gafuurar raHiymaa”
Furqan [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Zikir
Rasulullah s.a.w bersabda, siapa yang banyak mengingati Allah (zikir), Allah sayangkannya. Riwayat Dailami dari Aisyah r.a.
Mengingati Allah dalam bentuk zikir ada 3 cara iaitu zikir mulut, zikir hati dan zikir nafas.
Siapa yang menyayangi sesuatu, dia akan sentiasa menyebutnya (mulut) atau mengingatinya (hati).
Ada zikir yang malaikat tidak dapat kesan, iaitu zikir nafas.
Ulama membahaskan tentang yang mana lebih afdal diantara zikir mulut dan zikir hati, masing-masing membawa hujah dan hadis berkaitan. Contohnya hadis qudsi yang lebih kurang berbunyi ” siapa yang mengingatiku bila bibir mulutnya bergerak, aku bersamanya.
“Wahuwa Maakum Aynama Kuntum”.
Hadid [4] …..dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
July 26, 2008 at 10:13 am
A’kum.Disini saya meminta penjelasan
1. Tentang zikir nafas yang kurang dijelaskan. Semoga pihak tuan dapat memberi maklum balas kepada saya.
2. Sesetengah pihak memberi kiraan dalam berzikir seperti bismillah… sebanyak 786 kali,maka bagaimanakah pendangan pihak tuan dalam kiraan nomber sedemikian.Terima Kasih
October 14, 2010 at 8:54 am
Dikatakan zikir nafas itu,ketika nafas masuk kalimahnya “HU” dan ketika nafas keluar kalimahnya “ALLAH”.tolong jelaskan adakah kalimah-kalimah tersebut disebutkan secara lisan atau memadai dalam hati tetapi seolah-olah diucapkan?
April 10, 2011 at 12:31 pm
semua dlm hati.sy ade terima zikir ni. tp kena sedut pelan2. hembuspun pelan2.