Dalam surah Al-Mukminun diterangkan 2 jenis sembahyang yang dikira berjaya membawa manusia ke syurga Firdaus.

  • Al-Mukminnun [1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. [2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.[9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.[10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. [11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

2 jenis sembahyang yang berjaya

Yang pertama ialah khusyuk dalam sembahyang. Kata Imam Ghazali khusyu ialah roh sembahyang. Kata Sayyidina Ali khusyuk ialah ingatkan Allah. Khusyuk sebenarnya melebihi dari mengingati Allah, ia termasuk merendahkan diri kepada Allah.Yang bertaraf wajib dalam sembahyang ialah mengingati Allah (kalau terlalai cepat-cepat ingatkan Allah)

  • Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
  • Al-Maun[4]…..maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; [5] (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;


Yang kedua ialah “tetap memelihara sembahyang” iaitu tidak meninggalkan sembahyang 5 waktu, tanpa mengira samada ia khusyuk atau tidak.

Bercakap dengan Allah

Dalam hadith yang lain sembahyang itu seperti berkata-kata dengan Allah, maka berhati-hatilah dalam percakapan dengan Allah. Oleh itu pilihlah surah-surah yang berlainan dalam setiap sembahyang untuk mempelbagaikan percakapan dengan Allah.

Kenapa Sembayang membawa ke syurga?

  • SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang berjaya, maka syurgalah balasannya.
  • Dalam satu hadith, sembahyang juga adalah anak kunci syurga.
  • Sembahyang juga merupakan hubungan direct dengan Allah, sekiranya baik hubungan dengan Allah, senanglah mendapat syurga Allah.

Syurga Firdaus

Dalam satu hadith , nabi menyuruh kita meminta agar dimasukkan ke dalam syurga Firdaus (syurga tahap VIP)

  • Rasulullah bersabda: jika kamu meminta syurga Allah, maka mintalah syurga Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling tinggi dan paling tengah. Darinya terpancar sungai-sungai syurga dan di atasnya ada Arasy Rabb yang Maha Pemurah. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

About these ads