Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.
1.Rasulullah bersabda yang mafhumnya:
Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar kata Rasulullah.
2.Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya:
Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.Benar atau tidak?
Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.
3.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:
Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.
4.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:
Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.
5.Sabda Rasulullah yang mafhumnya:
Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.
6.Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya:
Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar – ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.
7.Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya:
Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan. Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.
Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman.
Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita. InsyaAllah..
January 24, 2009 at 11:41 am
ya, Allah..
semuanya sudah hampir tiba masanya….banyak tragedi di atas sdah berlaku…
astagfirullahala’zim..
April 10, 2009 at 11:56 pm
bukan setakat itu sahaja yg sudah berlaku,tetapi banyak lagi yg sudah berlaku pada tahun-tahun yg akan datang. Malah tahun 5ni juga sudah ada dajal kecil sudah muncul. Ya Allah… ampunilah dosa kami ya Allah… aku bermohon kepadaMu.. makbulkah doaku ini..
April 10, 2009 at 11:57 pm
bukan setakat itu sahaja yg sudah berlaku,tetapi banyak lagi yg sudah berlaku pada tahun-tahun yg akan datang. Malah tahun inijuga sudah ada dajal kecil sudah muncul. Ya Allah… ampunilah dosa kami ya Allah… aku bermohon kepadaMu.. makbulkah doaku ini..
May 5, 2009 at 6:02 pm
Semoga kita sentiasa dibawah naungan Islam.
Allahuakbar….
August 25, 2009 at 4:28 pm
trima kasih.smoga kte smue mendapat limpahan rahmat dari Allah S.W.T….amien
January 16, 2010 at 5:16 am
…..assalammualaikum…
April 12, 2010 at 6:45 am
Assalammualaikum..
rsenya msh blum trlambat untuk saya mmberi pesanan dalam ruangan ni..
kpd sesiapa yg blum lihat dokumentari bersiri ‘The Arrival’, sya cadangkan saudara saudari untuk menonton siri ini..boleh cuba search di youtube..smoga anda smua dpt mngmbil ikhtibar drnya..Allahuakbar
April 14, 2012 at 4:22 pm
Link?
June 10, 2010 at 5:11 pm
subhanalaah., firman rasulullaah., makin hampir kita ke medan perang menentang kafir.. aku maseh lagi lalai dgn suruhan ALLAH s.w.t.. ampunkan aku YA ALLAH…. ampunkan aku… YA ALLAH…
July 26, 2010 at 3:26 pm
hasbunallah wani’mal wakil
November 17, 2010 at 1:36 am
nabi muhammad telah menyampaikan wahyu Allah kpade kte..tetapi,adakah manusia mengamalkannye..marilah kte munasabahkan diri…
November 20, 2010 at 12:19 pm
semoga kita peroleh kemenangan di dunia dan akhirat
July 14, 2011 at 10:46 pm
ya…allah jdikan lah aqwu pngikut nabi muahammad yg setia..
October 16, 2011 at 12:57 am
subhanallah
February 28, 2012 at 12:51 pm
Really good posting!
Thanks for information!
March 10, 2012 at 1:27 am
Allahhuakbar
April 9, 2012 at 4:32 pm
ndAk tw lh mw ckp apa bh .. ya Rabb .. sElamTkanlah hamba mU ini dUnia dn aKhirat … amin YA RABBAL ALAMIN .